7 Petuah Melayu Turun-temurun Untuk Anak Sulit Makan

Share This

gbr1

Banyak tips dan petuah yang kita boleh amalkan untuk mengatasi masalah anak kurus susah makan ini. InsyaAllah kali ini saya kongsikan 7 petua turun-temurun yang boleh ibu-ibu amalkan untuk anak-anak mereka.

1. Mandikan anak pada waktu petang dengan air ramasan daun kucai yang sudah ditapis

Tips ini dikongsikan oleh arwah nenek saya. Katanya anak yang kurus susah makan ni selalunya disebabkan oleh cacing. Arwah pesan supaya guna daun yang berbau busuk, contohnya daun kaduk dan daun kucai.

Cara:
Ambil sebaldi air, masukkan daun kucai dan ramas-ramas. Kemudan tapis. Kita akan guna air tersebut untuk bilas badan selepas mandi nanti.
Semasa waktu mandi petang (antara pukul 5 – 6ptg), mandikan anak bersih-bersih dulu guna air biasa.
Kemudian ambil air ramasan daun kucai yang dah ditapis tadi dan jiruskan air bermula dari bahu dan ke bawah.
Kepala tak perlu dijirus (nanti anak anda letih)
Sambil jirus tu gosok-gosok dada dan belakang badan anak.
Lepas tu lap badan anak dengan tuala.
Seeloknya amalkan 3 petang berturut-turut.

2. Ubah Suasana Makan
Memang anak-anak berselera kalau makan macam ni
Ibu-ibu boleh ajak anak-anak bermain di luar dan masa tu kita boleh suap nasi pada mereka. Anak-anak akan lebih berselera sambil menghirup udara segar di luar. Jadikan suasana makan sebagai suasana yang santai dan menggembirakan. Pasti mereka tertunggu-tungu masa untuk makan.

3. Kreatif Dalam Menghias Makanan
Anak-anak mudah tertarik dengan makanan yang nampak luar biasa. Jadi, ibu-ibu boleh menghiaskan makanan anak-anak mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya nasi, lauk dan sayur dibuat bentuk seperti frozen, mesti anak-anak suka. Atau boleh hiaskan ikut watak kegemaran anak-anak yang lain. Selain itu, ibu-ibu juga boleh gunakan sayuran yang berwarna terang dan menarik seperti lobak merah, capsicum dan yang sewaktu dengannya.

4. Makan Dalam Talam Bersama Anak-Anak
Luangkan masa untuk makan bersama anak-anak. Jadikan satu aktiviti keluarga yang ceria. Lagi bagus kalau dapat makan dalam talam sekeluarga. Makan dalam talam ni salah satu sunnah yang perlu kita amalkan. Setiap perkongsian makanan tu kan ada keberkatan. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa kita kena tunjukkan cara makan yang betul dahulu kepada anak-anak. Anak-anak ni adalah pemerhati dan peniru yang superb. Apa yang dia nampak, itu lah yang dia akan buat.

5. Ajak Anak Untuk Sama-sama Sediakan Makanan
Libatkan anak-anak dalam aktiviti menyediakan makanan
Kebanyakan anak-anak ni suka kalau kita libatkan mereka dalam penyediaan makanan. Macam anak-anak saya, diorang suka ikut saya masuk dapur. Mintak tolong dia buat apa-apa yang mampu untuk dia buat contohnya basuh sayur dan buah, gaul tepung dan mengacau masakan. Penglibatan semua ahli keluarga dalam penyediaan makanan dapat mengeratkan kasih sayang dan anak-anak akan lebih menghargai makanan yang disediakan.

6. Elakkan Memaksa Anak Untuk Makan
Elakkan cara ugutan yang negatif untuk memaksa anak makan. Contohnya tak benarkan anak bermain di luar rumah jika tak makan nasi. Hal ini akan menanam rasa negatif pada nasi. Mereka tidak akan suka makanan tersebut. Jadi bagaimana kita nak memujuk supaya dia nak makan? Salah satu caranya ialah kita boleh bagi ‘ugutan positif’ dengan cara kita bagi makanan yang dia suka dengan syarat dia kena habiskan makan nasi dahulu. Tapi makanan yang dia suka tu pastikan berkhasiat. Sekurang-kurangnya cara ini tidak ada unsur paksaan dan aura negatif. Sentiasalah berfikiran positif.

7. Pelbagaikan Makanan Berkhasiat
Anak-anak cepat bosan jika kita hidangkan makanan yang sama setiap hari. Kita yang dewasa ni pun macam tu jugak kan? Jadi kita boleh pelbagaikan makanan untuk setiap hari. Selain dari hidangan berat, kita boleh sediakan makanan lain seperti biskut ‘homemade’, yogurt, strawberi kisar dan buah-buahan lain. Bagi anak-anak yang tak suka sayur, boleh cuba salutkan brokoli dengan keju cair supaya mereka rasa keju lebih dari sayur tersebut. Untuk buah-buahan pula boleh jadikan jus buah. Apabila bercakap tentang buah ni, pastikan anda membeli buah yang segar. Bukan apa buah-buahan sekarang ni banyak yang diubahsuai genetiknya (GMO). Yang kecil jadi besar, yang ada biji jadi tak ada biji. Sebab tu lah saya akan pastikan anak saya mengambil makanan tambahan untuk kanak-kanak. Zaman sekarang dah tak sama macam zaman nenek moyang kita dulu. Kualiti makanan sangat tidak memuaskan.

Kesimpulan

Pendekatan yang kita gunakan semasa melayan anak-anak sedikit sebanyak mempengaruhi kesan yang kita akan dapat. Kita boleh gunakan cara psikologi dalam mengurus anak kurus susah makan ini. Yang penting, ibu wajib bagi pujian pada anak-anak jika mereka nak makan walaupun hanya 3 suap nasi. Perasaan yang positif akan menyebabkan anak-anak berselera makan dengan gembira.

Pastikan anak anda mengambil makanan yang berkhasiat, lebih-lebih lagi zaman sekarang makanan yang kita makan banyak sangat bahan kimia. Kalau nak anak berselera makan dan tak nak rimas diperli doktor lagi, cepat-cepat lah bertindak ya

Oh ya, jemput tonton video daripada ibu yang berpengalaman menguruskan anak yang kurus dan susah makan. Mari kita tengok apa yang beliau lakukan.

LIKE & SHARE Bila Bermanfaat….


REKOMENDASI

squavit

Artikel Kesehatan Terkait

Gizidat – Madu Ikan Sidat Plus Probiotik "Gizidat - Madu Ikan Sidat Plus Probiotik" "Berkualitas yang temani tumbuh kembang Si Kecil" MENGAPA HARUS GIZIDAT? 1. Gizidat merupakan kombin...
Obat Tipes Alami untuk Anak dan Dewasa Penyakit tipes terjadi karena adanya bakteri salmonella thypi dalam system pencernaan manusia. Bakteri ini akan menyebar pada usus dan mengakibatkan...
Tips Meminumkan Obat Pada Bayi Dan Anak-Anak Menjadi orang tua yang baru saja memiliki bayi menjadi tantangan tersendiri, terutama jika orang tua secara langsung turun tangan dalam mengurus bua...
Manfaat Madu Untuk Anak Balita madu untuk anak FAMILYHERBAL Apa saja manfaat madu untuk anak? Anak Anda tidak nafsu makan? Berilah ia madu. Madu memang dikenal secara luas dapat ...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *